Monday 11 March 2013

Cara Rasulullah saw mengekalkan keharmonian rumah tangga

Tidur dalam 1 selimut meskipun isterinya haid
Dari Ata' bin Yasar: Sesungguhnya Rasulullah saw & Aisyah r.a biasa mandi
bersama dalam bekas. Ketika baginda sedang berada dalam 1 selimut tiba tiba
Aisyah bangkit. Baginda bertanya, "Kenapa engkau bangkit?”, jawab Aisyah,
"kerana saya haid". Sabda Rasulullah saw, “kalau begitu pergilah, lalu pakailah
kain & dekatlah kembali padaku”. “Aku pun masuk lalau berselimut dengan
baginda”.
(Hadis riwayat Said b Mansur)

Menyembur wangian pada bahagian aurat

Dari Aisyah r.a, beliau berkata: sesungguhnya Nabi saw apabila mewangikan
badannya, baginda akan memulai dengan bahagian auratnya menggunakan
nurah (sejenis pewangi), & isterinya akan meminyaki bahagian lain tubuh
baginda.
(Hadis riwayat Ibn Majah)

Mandi bersama sama isteri

Dari Aisyah r.a beliau berkata: "Aku biasa mandi bersama Nabi saw dalam 1
bekas. Kami bersama sama memasukkan tangan kami dalam bekas tersebut".
(Hadis riwayat Abdurrazaq & Ibn Abu Syaibah)
Menyikat rambut Nabi
Dari Aisyah r.a, beliau berkata: Saya biasa menyikat rambut Rasulullah saw,
ketika itu saya sedang haid.
(Hadis riwayat Ahmad)

Meminta isteri meminyakkan badan

Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Saya meminyakkan badan Rasulullah saw pada
hari raya Aidil Adha setelah baginda melakukan jamrah aqabah.
(Hadis riwayat Ibn Asakir)
Minum bergantian pada tempat yang sama
Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Saya biasa minum dari cawan yang sama
walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawa tersebut & meletakkan mulutnya di
tempat saya meletakkan mulut, lalu menghirup airnya.
(Hadis riwayat Abdurrazaq & Said b Mansur)

Mencium isteri walaupun sebelum solat

Dari Aisyah r.a, beliau berkata: Nabi saw biasa mencium isterinya setelah
mengambil wudu', kemudian baginda bersembahyang & tidak mengulangi
wuduknya.
(Hadis riwayat Abdurrazaq)

Memanggil dengan panggilan mesra

Rasulullah biasa memanggil Aisyah dengan panggilan yang disukai seperti Aisy &
Humaira (pipi merah delima)
Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra
Nabi saw biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah & baginda berkata, Wahai
Uwaisy, bacalah doa "Wahai Tuhanku Tuhan Muhammad, ampunilah dosaku,
hilangkan kekerasan hatiku & lindungilah aku dari dosa fitnah yang
menyesatkan”.
(Hadis riwayat Ibn Sunni)

Membersihkan titisan darah haid isteri

Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Aku pernah tidur bersama Rasulullah saw di atas
1 tikar ketika aku sedang haid. Apabila darahku menitis di atas tikar itu, baginda
mencucinya & tidak pula berpisah dari tempat duduk itu, lalu baginda kembali
baring disisiku, apabila darahku sekali lagi menitis, baginda mencuci lagi titisan
darah & tidak berpindah dari tempatnya, kemudian baginda pun bersembahyang
dari tempat itu.
(Hadis riwayat Nasai)

Memberikan hadiah pada isteri

Dari Ummu Kalthum bin Abu Salamah, Rasulullah saw bersabda padanya.
"Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah
pakaian berenda & beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui Raja
Najasyi telah meninggal dunia & aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan.
Jika ianya dikembalikan aku akan memberi kepada isteri isterinya masing
masing 1 botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi & pakaian berenda
tersebut baginda berikan pada Ummu Salamah.
(Hadis riwayat Tirmidzi)

Sunday 10 March 2013

Jus Bidadari DCL

Nak share produk yang saya amalkan dr mula berumahtangga hingga sekarang..

Nie produk yang wajib ada bg wanita yg dah berumahtangga dan beranak..


Kekal Cantik, Sihat dan Berkeyakinan

Bukan Mudah Untuk Jadi Seorang Wanita.
Anda Tidak Keseorangan.

Jus Bidadari dicipta untuk kesihatan menyeluruh dan keanggunan wanita sejati. Di rumus khas oleh mereka yang arif tentang keperluan seorang wanita. Hanya Jauhari yang mengenal manikam. Tidak syak lagi, inilah sesuatu yang selama ini diimpikan oleh setiap wanita.

Produk yang mesti dimiliki minuman bernutrisi tinggi, sangat baik untuk remaja dan wanita terutamanya bagi yang telah berumah tangga. Bidadari mampu meningkatkan kesihatan dalaman wanita dan paling utama ia sangat berkesan untuk membina keyakinan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

BIDADARI adalah minuman berfungsi mewah untuk kesihatan, kecantikan dan kebahagiaan hidup alam rumah tangga. Dikomposisikan dengan bahan-bahan semulajadi mewah yang telah lama dibuktikan keberkesanannya dalam kaedah rawatan di alam Melayu.
  • Madu Asli
  • Sireh
  • Akar Serapat
  • Kacip Fatimah
  • Kurma
  • Manjakani
  • Serai
  • Jarum Mas
  • Asam Jawa
  • Herba-herba Terpilih
Keistimewaan Jus Bidadari:
 
Membantu masalah keputihan yang sering dihadapi oleh wanita remaja dan dewasa.
 Membantu mengatasi masalah senggugut.
 Membina rahim.
 Mengecutkan rahim (bagi wanita lepas bersalin)
 Menyegarkan otot faraj.
 Menyempitkan faraj.
 Meningkatkan nafsu dan tenaga seksual dan memberi impak positif kepada pasangan (suami) semasa perhubungan kelamin.
 Menambah kolegen dalam badan.
 Mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah.
 Membantu menghilangkan bau badan dan mulut.
 Melegakan panas badan.
 Menyegar, menegang dan mengindahkan payudara.
 Membekalkan tenaga segera.
 Membantu merawat luka dalam perut dan pembedahan. Oleh itu ia sangat baik dan seolah-olah ia dirumus khas untuk wanita lepas bersalin.
Cara Pengambilan Jus Bidadari:
  • 2 sudu makan, 2 kali sehari (pada kebiasaannya, tindakbalas mula dirasai selepas 2 jam pengambilan) selama sebulan
  • Selepas sebulan, minum Jus Bidadari 2 sudu sehari untuk mengekalkan sistem dalaman yang telah dibaikpulih oleh Jus Bidadari sepanjang sebulan pertama pengambilannya
  • Sebaik-baiknya jangan minum apa-apa air selepas 1 jam pengambilan Jus Bidadari.
  • Gunakan sudu plastik kerana Bidadari adalah produk berasaskan homeopati
Amaran:
Bidadari tidak boleh diambil oleh :-
1) Lelaki
2) Wanita mengandung
3) Semasa datang haid

Resepi Rendang Tok

Bahan-bahan :
1 kg daging
100 gram bawang merah
80 gram bawang putih
80 gram halia - dimayang
½ biji isi kelapa - dihiris 5 sm
60 ml pati santan
300 gram kerisik kelapa
5 gram gula melaka
Garam secukup rasa
15 gram serbuk ketumbar
15 gram serbuk cili
10 gram jintan putih
10 gram jintan manis
20 gram serbuk kari daging
5 gram lada hitam
10 biji buah pelaga
5 sm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih


Cara membuat:
1) Gaul rata semua bahan kecuali daging, garam dan gula Melaka.
2) Selepas rata barulah dimasukkan daging. Perap selama dua hingga empat jam.
3) Masukkan ke dalam periuk dan didihkan perlahan-lahan.
4) Reneh selama tiga jam. Kacau dengan kerap sehingga daging menjadi empuk, berwarna agak hitam dan kering.
5) Masukkan gula melaka dan garam. Kacau lagi hingga rata. 

FRUITS COCKTAIL ICE-CREAM


Bahan 
Ice-cream vanilla n coklat [beli jer..senang citer] 
buah koktel dlam tin [tapiskan airnya] 
coklat Kit-Kat 

Cara 
1. Scoopkan ice-cream dalam cawan. 
2. Letakkan buah koktel atas ice-cream. 
3. Hiaskan dengan coklat Kit-Kat. 
4. Hidangkan. 

Resepi Hari Ini - Triffle


bahan-bahan:
 
1) 1 kek span  - RM4.99 - ada perisa pandan/oren...tak kisah la janji kek span
2) 1 tin susu sejat
3) 1/2 tin susu pekat
4) sekotak besar susu segar UHT
5) jelly kristal- kalau boleh perisa oren/pic /strawberry 
6)  1  sudu kecil esen vanilla
7) 5 sudu besar tepung kastard
8) 1 tin buah pic atau cocktail
9) sebiji telur ayam
 
cara-cara:
 
1) masukkan susu sejat, susu uht dan pekat dalam periuk. kacau di atas api perlahan. 
2) masukkan telur, esen vanilla dan kastard. kacau perlahan sampai pekat n likat. api slow je tau. 
3) sambil tu masak le jelly kristal. lepas tu potong kek kepada dua lapis. susun lapisan pertama dalam bekas. 
4) tuang adunan kastard tadi atas kek sampai tenggelam kek tu. 
5) then masukkan buah pic/cocktail susun samarata.
6) biar sejuk sikit baru masukkan jelly. lepas tu buat lagi untuk lapisan kedua mcm lapisan pertama tadi. jadila layer2 gitu...ok...selamat mencuba!


Mutiara kata hari ini


"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai."
 
"Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan."